Siasatan terhadap aset ahli Parlimen hanya jika ada aduan rasmi, kata Latheefa


shadow

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat harta ahli Parlimen melainkan terdapat aduan rasmi terhadap mereka, kata Latheefa Koya.

Ketua pesuruhjaya SPRM itu berkata, SPRM kini bertindak sebagai penyimpan rekod aset yang diisytiharkan. 

“Kita perlu faham konsep pengisytiharan harta bukan untuk kita jalankan siasatan,” kata Latheefa pada forum anti-rasuah yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

“Namun jika ada yang mengatakan, nanti dulu, kita lihat pada ahli Parlimen sekian, yang tidak selari dengan gaya hidupnya. Kita mahukan siasatan kerana kita percaya beliau terlibat dengan perkara berkenaan. Kita tidak mengatakan berikan kami bukti, tetapi perlu ada aduan.

Latheefa, yang tidak menyebut nama mana-mana ahli Parlimen, berkata demikian ketika mengulas berhubung pengisytiharan harta yang dibuat oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohammadin Ketapi bahawa beliau hanya mempunyai harta sebanyak RM8,000, walaupun isterinya memiliki sebuah rumah.

“Masalahnya ialah, ianya agak sensasi untuk menyentuh individu yang terdedah secara politik. Untuk mengatakan individu itu macam ini, individu ini macam itu. Sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan kita pasti akan siasat.

“Saya tidak mempunyai butiran kecil yang kita telah menangani aduan. Tetapi perlu ada asas untuk membuat siasatan.

“Menteri sudah buat pengisytiharan namun kita perlu lihat perbandingan apa yang mereka miliki dan apa yang mereka isytihar, adakah mereka benar-benar isytihar liabiliti mereka.”

Latheefa berkata, Parlimen memerlukan pengisytiharan harta bagi mengesan sekiranya terdapat peningkatan luar biasa dalam kekayaan ahli Parlimen. Tambahnya, beberapa Ahli Parlimen telah mengisytiharkan harta tetapi tidak mengambil kira liabiliti mereka. Beliau bagaimanapun tidak menamakan mana-mana ahli Parlimen. 

Tinggalkan komen anda