2 pelajar Malaysia di Afrika Selatan masih terima rawatan


shadow

DUA daripada empat pelajar Malaysia yang cedera dalam satu  rompakan di Durban, Afrika Selatan, Jumaat lepas telah dibenarkan keluar dari hospital, manakala dua lagi masih menerima rawatan di Hospital King Edward, menurut Wisma Putra.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria telah melawat empat pelajar yang tercedera, berumur antara 19 hingga 27 tahun itu.

“Pihak keluarga dan pengurusan pusat pengajian telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut,” katanya.

Wisma Putra berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria akan terus memantau keadaan mangsa dan memastikan keselamatan serta kebajikan mereka terpelihara.

Tinggalkan komen anda