Abu Sayyaf culik lima nelayan


shadow

Jakarta: Lima nelayan Indonesia diculik kumpulan militan Abu Sayyaf selepas menyerbu sebuah kapal di timur Borneo, menurut Kementerian Luar Negara Indonesia.

Menurut kementerian berkenaan, kerajaan negara berkenaan kini sedang bekerjasama rapat dengan pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina untuk menyelamatkan mangsa.

Katanya, nelayan negara itu juga dinasihatkan tidak menjalankan sebarang aktiviti penangkapan ikan di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Kapal dinaiki lapan nelayan Indonesia itu diserbu, namun tiga daripada mereka dibebaskan, manakala bakinya dilarikan penculik.

Abu Sayyaf adalah sebuah kumpulan militan yang berpangkalan di selatan Filipina mempunyai kaitan dengan Daish terbabit dengan kejadian pengeboman sejak awal 1990.

Kumpulan berkenaan menyasarkan kapal kargo, bot tunda dan kapal nelayan di perairan yang kurang pengawasan polis di antara sempadan Malaysia dan Indonesia.

-myMetro

Tinggalkan komen anda