Adakah ‘rakaman SPRM’ kena dengan garis masa kes 1MDB?


shadow

SPRM semalam menyiarkan sembilan klip audio yang mendakwa terdapat “konspirasi jenayah” besar untuk mengganggu proses keadilan berhubung penyiasatan 1MDB.

Agensi itu menegaskan bahawa klip audio itu tulen dan turut memaklumkan tarikh rakaman tersebut dibuat.

Ketika artikel ini ditulis, tiada seorang pun nama yang terlibat dalam klip audio itu menafikan kesahihannya.Iklan

Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas, Malaysiakini menyusun peristiwa-peristiwa penting yang dikaitkan dengan dakwaan dalam klip audio berkenaan.

Klip audio berkenaan merujuk kepada dua fasa penting dalam penyiasatan 1MDB.

Yang pertama membabitkan pelantikan Dzulkifli Ahmad dan Mohamed Apandi Ali, masing-masing sebagai ketua pesuruhjaya SPRM dan peguam negara.

Fasa kedua ialah selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman untuk merampas aset berkaitan 1MDB.

Malaysiakini, dalam apa cara sekalipun, bukan mahu menyatakan bahawa ada berlakunya kesalahan jenayah seperti yang digambarkan atau disebut di dalam klip-klip audio berkenaan.

Tinggalkan komen anda