Amaran Taal ditarik balik, ribuan penduduk beransur pulang


shadow

TIADA lagi letupan besar dari gunung berapi Taal di Filipina, kata pihak berkuasa pada Ahad ketika mereka menarik balik sebahagian arahan pemindahan besar-besaran namun memberi amaran kepada penduduk masih perlu waspada untuk menyelamatkan diri.

Tanda amaran seperti gempa bumi semakin berkurangan sejak Taal meletus dua minggu lalu, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 135,000 orang berpindah ke pusat pemindahan kerana bimbang berlakunya letusan besar.

Agensi seismologi negara berkata pengurangan abu dan pelepasan gas adalah tanda letusan bahaya semakin berkurangan, yang menyebabkan membatalkan amaran.

Ia mendorong pihak berkuasa wilayah menarik balik arahan pemindahan kepada hampir semua bandar menggelilingi gunung berapi, pusat tarikan pelancong yang terletak di tengah-tengah tasik.

“Penduduk di semua bandar ditutup kecuali Agoncillo dan Laurel yang kini mempunyai pilihan untuk kembali,” kata Gabenor tempatan Hermilando Mandanas pada sidang akhbar.

“Ada kemungkinan gunung berapi mungkin masih meletus dan kita masih perlu bersedia untuk berpindah dalam masa sejam.”

Gunung berapi itu mengeluarkan abu sejauh 15 kilometer tinggi dan memuntahkan lava dalam letusan 12 Januari, memusnahkan banyak rumah dan membunuh ternakan serta tanaman.

Bagaimanapun, para ahli seismologi memberi amaran gunung berapi itu mungkin meletus dengan lebih besar, menyebabkan risiko maut kepada sesiapa dalam zon bahaya dalam radius “14 kilometer”.

Taal, terletak hanya 60 kilometer dari ibu negara Manila, adalah salah satu gunung berapi paling aktif.

Letusan terakhirnya pada 1977, tetapi ia mempunyai sejarah aktiviti yang panjang. Pada 1965, letupan Taal membunuh kira-kira 200 orang.

Letupan gunung berapi paling kuat di Filipina beberapa tahun kebelakangan ini adalah letusan Gunung Pinatubo pada 1991, kira-kira 100 kilometer di barat laut Manila, yang membunuh lebih 800 orang. 

Tinggalkan komen anda