Anwar tak teruskan saman ke atas Yusoff Rawther


shadow

Presiden PKR, Anwar Ibrahim, tidak akan meneruskan saman fitnah ke atas bekas pembantu penyelidiknya, Muhammad Yusoff Rawther.

Sumber yang dekat dengan Anwar memberitahu, langkah itu diambil selepas Jabatan Peguam Negara melepaskan ahli parlimen Port Dickson itu daripada sebarang dakwaan selepas Yusoff membuat menuduh dia diserang secara seksual.

“Beliau (Anwar) tidak berniat untuk mengejar sebarang ganjaran atau duit daripada saman berkenaan.

“Nama beliau juga sudah dibersihkan,” katanya kepada¬†Malaysiakini.

Semalam peguam Anwar, Ramkarpal Singh, berkata dia sudah menasihatkan anak guamnya agar menggugurkan saman tersebut selepas berpendapat tiada keperluan lagi untuk berbuat demikian.

Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bagaimanapun memfailkan saman ke atas Yusoff secara berasingan berhubung kenyataan dibuatnya pada sidang media pada 4 Dis tahun lalu.

Semasa sidang media itu Yusoff, 26, bukan saja mengaku dia menjadi mangsa perlakuan tidak senonoh Anwar, 76, malah turut mendakwa polis tidak mengambil tindakan atas laporan yang dibuatnya berhubung Farhash yang dituduh menyerangnya di pejabat Anwar di Petaling Jaya pada Mei tahun lepas.

Tinggalkan komen anda