CEO Malaysia Airports Holdings Bhd letak jawatan


shadow

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airport Holdings Berhad Raja Azmi Raja Nazuddin meletakkan jawatan untuk mencari peluang lain. 

Pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata peletakan jawatan Raja Azmi itu berkuat kuasa serta merta. 

Beliau memegang jawatan itu pada 4 Januari, 2019, menyertai MAHB sebagai ketua pegawai kewangan pada 1 Februai, 2016 dan berkhidmat sebagai CEO susulan persaraan Mohd Badlisham Ghazali.

Sementara itu, ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan dalam satu kenyataan berkata Ketua Pegawai Operasi Mohd Shukrie Mohd Salleh telah dilantik sebagai pemangku CEO buat sementara waktu.

“Lembaga pengarah mengucapkan terima kasih kepada Raja Azmi atas khidmatnya dan kami mengucapkan selamat maju jaya,” katanya.  

“Sebagai syarikat yang tersenarai umum, MAHB akan mengenal pasti dan melantik pengganti yang sesuai.”

Saham MAHB ditutup pada RM7.56 dengan lebih dua juta saham diniagakan.–

Tinggalkan komen anda