Gara2 Myvi ‘mencilok’ gadis melayang dari ‘Flyover’, sempat bisik sesuatu sebelum koma


shadow

Warga kota memang tidak boleh daripada kesesakan lalu lintas, namun apa yang lebih dikesali adalah sikap pemandu sendiri yang mementingkan diri dan tidak memikirkan mengenai keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Akibatnya, seorang gadis yang dalam perjalanan ke tempat kerja terlibat dalam kemalangan selepas terpelanting daripada flyover ke bawah jalan raya dengan jarak ketinggian 20 meter.

Gadis nak pergi kerja nyaris maut

Kejadian yang berlaku di flyover LRT Abdullah Hukum, menyaksikan gadis bernama Noor Balkis, yang menaiki motorsikal hampir maut selepas badannya terhempas dalam kejadian mengerikan itu.

Kakak mangsa, Norfairiyuslina, selepas mendapat tahu adiknya terlibat dalam kemalangan dia terus bergegas ke hospital. Menurutnya, Balkis sempat berbisik dalam keadaan lemah menceritakan bagaimana kemalangan boleh berlaku, sebelum koma.

Kereta Myvi hitam ‘mencilok’ tiba2

Katanya, sebelum kemalangan sebuah kereta Myvi berwarna hitam dengan secara melulu ‘mencilok’ di hadapannya, membuatkan mangsa terpaksa menekan brek secara mengejut.

Disebabkan brek yang mengejut, motorsikalnya tersasar hingga ke pembahagi jalan, selepas itu dia merasakan dirinya sudah melayang ke bawah.

Mahu pemandu Myvi dapat balasan setimpal

Geram dengan tindakan pemandu Myvi tersebut, kakak mangsa menerusi Twitter berkata dia berharap agar pemilik kereta tersebut mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

I hope the driver will face the consequences asap. For those who want to help, this is the account number of the victim’s sister. Kesian dia tengah dalam perjalanan cari rezeki.

Maybank:
164128644778
Norfairiyuslina binti Mohd Fauzi pic.twitter.com/AMzkTd9ogu

— Ayu Mohd Yusoff (@iMaduSmith) December 30, 2019

Di jalan raya bukanlah hanya nyawa kita yang harus difikirkan, mujurlah mangsa tidak maut. Namun, jika sikap mementingkan diri di jalan raya ini diteruskan mungkin kejadian yang lebih teruk akan berlaku.

Sumber : Remaja & Norfairiyuslina binti Mohd Fauzi

Tinggalkan komen anda