Hampir 10,000 imigran di Libya pulang ke negara asal pada 2019


shadow

PERTUBUHAN bagi Migrasi Antarabangsa (IOM) pada Rabu berkata, hampir 10,000 pendatang tanpa izin secara sukarela pulang ke negara asal dari Libya pada 2019, lapor agensi berita Xinhua.

“Kepulangan hampir 10,000 imigran di Libya menerusi bantuan program Kemanusiaan Pulang ke Negara Asal (VHR) berjaya dilaksanakan dengan sokongan Kesatuan Eropah (EU) dan kerajaan Itali.

“2019 sudah berakhir tetapi tugas kami memberi bantuan untuk program VHR dari Libya ini akan tetap diteruskan,” menurut IOM.

Ribuan pendatang tanpa izin, kebanyakannya dari benua Afrika, cuba merentasi Laut Mediterranean untuk ke Eropah dari Libya disebabkan keadaan kekacauan dan tidak selamat di negara Afrika Utara itu sejak kebangkitan 2011 yang menyaksikan rejim Muammar Gaddafi tumbang.

Program VHR dijalankan IOM bertujuan membantu dan mengatur kepulangan pendatang berkenaan ke negara asal masing-masing selepas terkandas di Libya.

Kebanyakan pendatang berkenaan ditahan di pusat tahanan di Libya meskipun masyarakat antarabangsa menggesa pusat berkenaan ditutup. 

Tinggalkan komen anda