Harga minyak sawit lebih baik tahun ini, kata MPOB


shadow

HARGA purata minyak sawit mentah dijangka RM2,750 setan pada 2020, lebih baik dibandingkan dengan tahun lepas, kata agensi kerajaan yang mengawal komoditi itu.

Secara bandingan, harga purata minyak sawit mentah berada antara RM2,000 dan RM2,300 setan pada 2019 ekoran bekalan lebih tinggi.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), ada beberapa faktor yang menyebabkan harga minyak sawit mentah lebih kukuh pada tahun ini, seperti pengeluaran sawit yang lebih perlahan yang membawa kepada pengurangan bekalan dunia.

Faktor lain adalah disebabkan peningkatan penggunaan biodiesel dalam kenderaan dan industi di Malaysia serta Indonesia, yang merupakan pengeluar utama sawit di dunia.

Indonesia akan memulakan mandat biodiesel B30 tahun ini, manakala Malaysia sudahpun menggunakan biodiesel B20 di Langkawi, Kedah.

MOPB berkata pelaksanaan mandat B30 dan B20 akan menggunakan banyak stok minyak sawit mentah.

Tinggalkan komen anda