India nafi sekat import dari Malaysia


shadow

MENTERI Perdagangan India Piyush Goyal menafikan negara itu mengenakan sekatan ke atas import dari Malaysia.

“Saya tidak fikir kami telah sebarang sekatan terhadap import dari Malaysia atau Turki, dan kami juga tidak pertimbangkan untuk melaksanakannya,” kata menteri tersebut ketika bercakap pada sidang tahunan “Raisina Dialogue” di New Delhi hari ini.

Beliau berkata demikian bagi memberi respons kepada laporan media yang memetik daripada sumber-sumber tanpa mendedahkan namanya bahawa kerajaan India merancang untuk melarang import dari Malaysia dan Turki kerana pendirian mereka terhadap isu Kashmir.

Malaysia menikmati lebihan dagangan dengan India, manakala Turki mengalami defisit perdagangan.

India mengehadkan import ke atas minyak sawit bertapis, langkah yang mungkin menjejaskan pengeksport Malaysia lebih daripada Indonesia, satu lagi pengeksport minyak sawit global utama.

Goyal menafikan langkah itu dibuat terhadap Malaysia.

“Sebarang larangan kami dilaksanakan harus dikenakan kepada semua negara secara seragam,” katanya.

Tinggalkan komen anda