Isu pekeliling Ponggal akan dibawa ke Kabinet, kata Kula Segaran


shadow

MENTERI Sumber Manusia M. Kula Segaran, akan bangkitkan pada mesyuarat Kabinet esok berhubung surat pekeliling Kementerian Pendidikan yang menasihatkan masyarakat Islam agar tidak menyertai perayaan Ponggal.

Surat  pekeliling berkenaan adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Panel Pakar Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ia ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Adzman Talib, yang merujuk keputusan Mesyuarat Panel Pakar Syariah pada April tahun lalu.

Surat bertarikh 13 Januari itu dikeluarkan kepada semua pengarah Jabatan Pendidikan Negeri menjelang sambutan perayaan itu esok.

“Saya merujuk kepada pekeliling yang tular mengenai sambutan Pesta Ponggal.

“Adalah tidak tepat untuk melabel perayaan ini sebagai sambutan keagamaan, ia tiada signifikan keagamaan,” kata Kula Segaran dalam satu kenyataan.

“Perayaan Ponggal bertujuan untuk menyemai perpaduan dalam kalangan masyarakat Tamil untuk memelihara adat dan budaya.

“Ia juga bertujuan untuk mengangkat masyarakat dan generasi masa depan mereka. Saya akan bangkitkan perkara ini pada mesyuarat Kabinet esok untuk menjelaskan perkara ini,” tambahnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat.

Pekeliling kementerian pendidikan tidak menyatakan sebarang sebab mengapa nasihat Jakim mengenai Ponggal sedang dilakukan.

Pekeliling dan nasihat Jkim itu disifatkan sebagai “tidak sensitif” dan tidak berperlembagaan oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Denison Jayasooria.

Badan agama Hindu Sanggam turut mempersoalkan arahan itu, kerana Ponggal bukan perayaan agama, tetapi perayaan budaya.

The Malaysian Insight cuba dapatkan maklum balas daripada Kementerian Pendidikan dan Jakim berhubung perkara itu.

Tinggalkan komen anda