Keadaan keselamatan di Mali semakin meruncing


shadow

KEADAAN keselamatan di Mali dan wilayah Sahel semakin meruncing dan situasi itu mengundang kebimbangan, lapor agensi berita Xinhua memetik Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi operasi pengaman, Jean-Pierre Lacroix pada Rabu.

Minggu lalu, 18 petugas misi pengaman PBB di Mali cedera selepas kem mereka diserang. Pada Khamis, 89 tentera Niger terbunuh semasa serangan terhadap markas tentera dekat dengan sempadan Mali.

Pada 4 Januari pula 14 kanak-kanak maut di utara Burkina Faso selepas bas dinaiki mereka diserang, kata Lacroix dalam satu taklimat.

Kumpulan pengganas semakin bertambah di wilayah Menaka dan Gao. Insiden serangan menggunakan bom buatan sendiri yang menyasarkan konvoi PBB juga meningkat, menyebabkan ramai yang cedera, katanya.

Insiden keganasan berlaku hampir setiap hari dan langkah-langkah perlindungan yang diambil pasukan pengaman di Mali membolehkan angka kematian dapat dikurangkan, katanya.

Lacroix berkata keganasan menyebabkan lebih ramai penduduk di rantau Mopti kelaparan dan terpaksa menjadi pelarian domestik.

Tinggalkan komen anda