Kutipan cukai tidak boleh bebankan rakyat, kata Guan Eng


shadow

KERAJAAN perlu menambah hasil kutipan cukai untuk mencapai status negara maju tetapi dalam masa yang sama tidak mahu membebankan rakyat, kata Lim Guan Eng.

Menteri kewangan itu menjelaskan, kerajaan akan mengutip cukai daripada rakyat melalui undang-undang tanpa menggunakan kekerasan.

“Kita tersepit di tengah-tengah, kita cuba buat kutip secara bertimbang rasa. Kita nak tambah kutipan cukai tetapi tak mahu terlalu keras hingga dianggap zalim dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada kerajaan berada pada landasan tepat ke arah negara maju sedangkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) masih rendah.

Kadar KDNK pada 13.1% itu lebih rendah berbanding saiz ekonomi yang mencecah RM1.353 trilion mengikut perangkaan Bank Dunia tahun 2017.

“Kesannya, penarafan ini meletakkan Malaysia berada di bawah negara perbandingan yang lain seperti Vietnam (19%), Chile (17.4%), Poland (16.8%) dan Korea Selatan (15.4%),” jelasnya.

Tinggalkan komen anda