Lubnan bentuk kerajaan baharu


shadow

LUBNAN membentuk kerajaan baharu pada Selasa dengan Hassan Diab, yang terkenal mempunyai hubungan rapat dengan Hezbollah, menjadi perdana menteri, lapor agensi berita Anadolu.

Ia susulan peletakan jawatan kerajaan terdahulu sejak tiga bulan lalu, di tengah-tengah protes besar-besaran di negara itu.

Presiden Michel Aoun menerima kunjungan Diab dan Speaker Parlimen Nebih Berri di istana presiden.

Lubnan dicengkam protes besar-besaran sejak Oktober tahun lepas. Negara yang dihuni enam juta penduduk itu berdepan masalah pengangguran yang tinggi, pertumbuhan ekonomi perlahan dan mempunyai nisbah hutang tertinggi di dunia, mencecah AS$86.2 bilion pada suku pertama 2019, menurut Kementerian Kewangan.

Kekacauan itu memaksa Saad Hariri yang menjadi perdana menteri ketika itu mengundurkan diri, di tengah-tengah krisis ekonomi terburuk melanda negara sejak perang saudara 1975-1990.

Selepas Hariri berundur pada 29 Oktober, Diab dinamakan sebagai perdana menteri baharu pada 19 Disember.

Tinggalkan komen anda