Menteri pertahanan Israel adakan mesyuarat tergempar


shadow

MENTERI Pertahanan Israel Naftali Bennett telah mengadakan satu mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua perisikan dan tentera susulan pembunuhan komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) Mejar Jeneral Qasem Soleimani, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan Al Jazeera pada Jumaat.

Terdahulu, pada hari sama, Soleimani, komander tentera elit Quds yang bertanggungjawab ke atas aktiviti ketenteraan luar wilayah, telah terbunuh dalam satu serangan dron oleh Amerika Syarikat (AS).

Jabatan Pertahanan AS berkata serangan itu dilancarkan atas arahan Presiden Donald Trump dan bertujuan “menghalang rancangan serangan pada masa akan datang oleh Iran.”

Sementara itu, Iran berikrar untuk membalas dendam terhadap AS atas kematian Soleimani.

Tinggalkan komen anda