Najib seharusnya letak jawatan sebagai menteri kewangan


shadow

TIMBALAN Pendakwa Raya ad hoc V Sithambaram hari ini menegaskan Najib Razak sepatutnya meletak jawatan daripada kedudukannya sebagai menteri kewangan untuk bertanggungjawab ke atas perkembangan yang berkaitan dengan Menteri Kewangan Diperbadankan milik SRC International Sdn Bhd.

Memetik model tadbir urus Westminster, pendakwa itu  memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa menteri kewangan yang bertanggungjawab akan meletak jawatan jika masalah seperti di SRC ini berlaku.

Sithambaram: Jika sesuatu seperti ini berlaku dalam model kerajaan Westminster, menteri kewangan akan meletak jawatan. Adakah anda bersetuju?

Najib: Saya tidak setuju. Saya simpan komen saya kemudian. Sebenarnya, saya ada banyak untuk dikatakan … ada banyak contoh yang boleh saya berikan.

Sithambaram: Tak apa tuan. Ini adalah kes saya. Tolong jangan buat ucapan politik.

Najib: Anda yang mencadangkannya. Jadi jika kapal terbang hilang, menteri pengangkutan mesti meletakkan jawatan? Tidak masuk akal.

Sithambaram: Datuk Seri, saya mencadangkan kepada anda bahawa, anda perlu bertanggungjawab dalam kes ini.

Najib: Tidak setuju

Hujah yang panas antara bekas perdana menteri dan Sithambaram terhenti setelah Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memberitahu supaya diteruskan dengan soalan lain.

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International, membabitkan tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dana SRC.

Kepada soalan lain, Najib berkata beliau tidak menyedari SRC tidak membuat apa-apa pelaburan.

Sithambaram: Kenapa anda tidak campur tangan? Ia melibatkan wang pesara, bagaimana anda tidak tahu?

Najib: Terdapat sistem pelaporan, saya tidak tahu pada masa itu.

Sithambaram: Tetapi anda berdiam diri  selama tujuh tahun, perkara ini sudah heboh tetapi anda  tidak berbuat apa-apa. Adakah anda bersetuju atau tidak setuju?

Najib: “Tidak, saya tidak setuju”.

Apabila Sithambaram mencadangkan bahawa tidak ada pelaburan yang dibuat oleh SRC, Najib menjawab bahawa maklumat ini dia tahu sekarang, tetapi tidak pada ketika  itu.

Sithambaram: Anda bersetuju bahawa sehingga anda berundur, tidak ada yang dilakukan untuk merealisasikan dan mewajarkan pinjaman yang diberikan dari Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). Tiada apa-apa yang dilakukan untuk mewajarkan pinjaman KWAP.

Najib: Pinjaman ini diberikan berdasarkan SRC akan membuat pelaburan

Semasa prosiding terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa KWAP telah memberikan pinjaman berjumlah RM4 bilion kepada SRC berikutan penglibatan Najib.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan bersambung.

Tinggalkan komen anda