Peguam dalangi komplot jenayah, cipta bahan untuk calar reputasi – Latheefa


shadow

KUALA LUMPUR: Seorang peguam didakwa menjadi dalang satu komplot jenayah dengan terlibat mencipta dan mengedar bahan untuk mencemar reputasi peribadi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya.

Perkara berkenaan didedahkan sendiri oleh Latheefa menerusi satu kenyataan kepada Astro AWANI.

“Pegawai khas saya akan membuat satu laporan polis awal pagi besok dan akan menyerahkan bukti berkenaan ini pada pihak polis,” maklum Latheefa.

Beliau percaya komplot jenayah itu dilancarkan sebagai sebagai reaksi kepada pendedahan klip audio yang dibuat pada 8 Januari lalu.

Klip audio kontroversi itu mendedahkan perbualan telefon antara suspek kes melibatkan sayap pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosman Mansor yang juga kini berdepan dengan pertuduhan di mahkamah.

Turut terlibat dalam klip audio itu adalah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkefly Ahmad.“Saya ingin menghantar satu mesej yang jelas kepada dalang-dalang disebalik ini, bahawa saya tidak tergugat atau terancam dalam terus melaksanakan tugas saya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda