Presiden PKBM ditahan SPRM


shadow

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kerana didakwa mengamalkan rasuah.

Menurut sumber, Abu Samah Abdul Wahab direman selama empat hari bermula hari ini.

Beliau didakwa memberikan projek bernilai RM325,000 kepada ahli keluarganya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki ketika dihubungi The Malaysian Insight mengesahkan penahanan itu.

Menurutnya, penahanan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

“Ya dia ditahan semalam di rumahnya di Melaka dan direman sehingga 2 Februari ini,” katanya.

Tinggalkan komen anda