Tentera Indonesia dilarang guna TikTok


shadow

Jakarta: Komander tentera daerah di Kalimantan Selatan telah mengharamkan anggota tentera dan isteri mereka menggunakan aplikasi TikTok yang boleh menyebabkan imej pasukan pertahanan itu tercalar.

Jakarta Post melaporkan, Komander Daerah Amuntai, Leftenan Kolonel Ali Ahmad Satriyadi berkata, pihaknya bimbang sekiranya anggota tentera menggunakan aplikasi itu membawa imej negatif kepada pasukan Tentera Indonesia (TNI).

“Nyahpasang aplikasi TikTok. Jika kamu masih mempunyai aplikasi itu di telefon pintar, kamu akan terus menggunakannya atau ia akan menyebabkan ahli keluarga terjebak sama,” katanya.

Menurutnya, terdapat beberapa kes di mana video TikTok yang membabitkan anggota tentera atau pasangan mereka ditularkan dan menjejaskan reputasi pasukan.

TikTok, aplikasi yang dibangunkan syarikat teknologi China, meraih populariti di kalangan pengguna sosia media di Indonesia.

Pasukan tentera udara dan laut Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan TikTok pada telefon pintar milik kerajaan dan menganggap ia sebagai ancaman keselamatan.

  • myMetro

Tinggalkan komen anda