Thailand umum kes ‘pneumonia Wuhan’ pertama di luar China


shadow

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di Thailand mengumumkan kes pertama Pneumonia Wuhan dikesan di negara gajah putih itu, lapor portal South China Morning Post.

Ini menjadikan kes pertama wabak berkenaan di luar China.

Mangsa, seorang wanita berusia 61 tahun dirawat di sebuah hospital di Nonthaburi sejak 8 Januari lalu dan kini sudah menunjukkan tanpa-tanpa pulih dan sedia untuk kembali ke negara asalnya.

Identiti pesakit bagaimanapun tidak didedahkan. Dia dipercayai mengalami demam ketika tiba di Lapangan
Terbang Suvarnabhumi pada 8 Januari lalu dan didiagnos menghidapi pneumonia sederhana.

Bagaimanapun pentadbiran Bangkok menyatakan keyakinan mampu mengawal wabak maut berkenaan daripada menular di negaranya.

Keyakinan berkenaan disuarakan di sebalik pengakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa wabak berkenaan mempunyai kebarangkalian untuk merebak di luar China.Pihak berkuasa China pada hujung minggu lalu mengumumkan penemuan genetik virus Pneumonia yang baharu.

Ia mempunyai 80 peratus persamaan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang menjangkiti lebih daripada 8,000 individu dan meragut 775 nyawa pada 2003.

Wabak ‘pneumonia Wuhan’ berkenaan sudah menjangkiti 41 orang di Wilayah Wuhan, China dan menyebabkan satu kematian.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda