Umno kini lebih menghomati, kata presiden MCA


shadow

BARISAN Nasional (BN) mengambil iktibar daripada kegagalan lalu terutama kekalahan pada pilihan raya umum lepas, dan kini menggunakan pendekatan lebih sederhana bagi memperoleh semula sokongan popular, kata presiden MCA.

Wee Ka Siong berkata tiga sekutu BN – Umno, MCA dan MIC – juga menilai semula tindakan mereka dan berhati-hati dalam membuat kenyataan yang boleh menjejaskan. 

Beliau berkata Umno, sekian lama dikenali sebagai “abang” dalam gabungan itu, juga mula menghormati prinsip kesamaan antara ketiga parti yang masih tinggal.

Selepas ia kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), BN hanya tinggal tiga parti selepas 11 parti komponen lain keluar daripada gabungan itu.

“Umno tahu mereka bukan lagi parti pemerintah. Mereka menghargai kerjasama dan hubungan mesra dengan parti dalam perikatan.

“Ia memalukan jika mereka terpaksa berpisah. Dengan kata lain, ia akan menamatkan kerjasama parti politik antara kaum,” katanya kepada media Cina dalam temu bual baru-baru ini.

Wee juga berkata perbincangan di antara ketiga-tiga parti juga bagus.

Beliau juga berkata BN bukan satu-satunya parti pembangkang kerana terdapat Gabungan Parti Sarawak di Malaysia Timur, dan juga PAS.

Selepas kekalahan pada PRU14, MCA adalah antara yang pertama yang menyokong untuk meninggalkan BN. Bagaimanapun parti itu terus kekal dan kini menanti untuk mendapatkan semula kemenangan pada PRU15.

Sementara itu, Umno juga membuat kerjasama dengan PAS bagi mendapatkan semula sokongan Melayu.

Pada pilihan raya kecil Tanjung Piai baru-baru ini, MCA, Umno dan PAS, bersama-sama MIC bekerjasama untuk memastikan kemenangan secara sihat untuk parti Cina itu.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata walaupun terdapat perbezaan pendapat yang membabitkan mereka, Umo dan MCA tetap dapat menyelesaikannya melalui perbincangan.

Beliau berkata parti BN kini lebih terbuka dalam perbincangan mereka selepas kekalahan mengejut pada PRU14.

Tinggalkan komen anda