114 MP Tak Sokong Muhyiddin, Mahu Tun M Jadi PM8


shadow

Pengerusi Parti Pribumi BERSATU Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa 5 Ahli Parlimen termasuk beliau sendiri tidak menyokong perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi kenyataan yang diberikan, 6 MP Bersatu yang terlibat termasuklah Tun Mahathir (PM Langkawi), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (MP Jerlun), Syed Saddiq Abdul Rahman (MP Muar), Datuk Ir. Amiruddin Hamzah (MP Kubang Pasu), Mazlee Malik (MP Simpang Renggam), dan Eddin Syazlee Shith (MP Kuala Pilah).

Menurut Tun Mahathir, kesemua 5MP berkenaan sebulat suara menyokong bveliau sebagai Perdana Menteri ke-8 di dalam bentuk Akuan Berkanun (SD) dan surat-surat rasmi dari ketua-ketua parti lain akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Agong tidak lama lagi.

Buat masa ini katanya, seramai 114 ahli parlimen telah menandatangani SD yang menyokong beliau dilantik sebagai PM8.

Berikut adalah jumlah MP yang menandatangani SD sokong Tun Mahathir sebagai PM8

BERSATU: 6 MP

PKR: 41 MP (termasuk Anwar Ibrahim)

AMANAH: 11 MP (termasuk Mohamad Sabu)

WARISAN: 9 MP (termasuk Mohd Shafie Apdal)

UPKO: 1 MP

DAP: 42 MP (termasuk Lim Guan Eng)

BEBAS: 3 MP

GBS: 1 MP

KESELURUHAN: 114 MP

Tinggalkan komen anda