15 pelarian dikhuatiri lemas, bot karam di perairan Bangladesh


shadow

SEKURANG-kurangnya 15 pelarian lemas dan ramai lagi dikhuatiri hilang selepas bot yang membawa pelarian Rohingya karam di perairan Bangladesh pada awal Selasa.

Kira-kira 130 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, yang menaiki bot berkenaan ketika cuba menyeberangi Teluk Bengal untuk ke Malaysia, kata jurucakap pengawal pantai Hamidul Islam kepada AFP.

Setakat ini, 17 orang berjaya diselamatkan.

Lebih 700,000 masyarakat Islam Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan tentera di Myanmar pada 2017 cuba meninggalkan kem pelarian di daerah Cox Bazar, Bangladesh dengan menaiki bot untuk ke Malaysia.

Bot sepanjang 13 meter, merupakan salah satu daripada dua bot yang cuba melakukan pelayaran sejauh 2,000 kilometer sebelum musim tengkujuh bermula.

Empat kapal tentera laut dan pengawal pantai melakukan operasi mencari dan menyelamat di perairan berhampiran pulau St Martin, kata pihak berkuasa.

“Mereka dipengaruhi oleh penyeludup,” kata komander pengawal pantai Faisal Hasan.

Tinggalkan komen anda