50 Penguatkuasa JIM Dikepung Penganut Hindu Di Kuil Batu Caves


shadow



Sekumpulan lelaki telah bertindak ganas dan menganggu 50 orang anggota Jabatan Imigresen Selangor (JIM Selangor) melaksanakan tugas penguatkuasaan di sebuah kuil Batu Caves, malam tadi.

Operasi yang dijalankan adalah di kawasan tapak perniagaan haram yang dikendalikan oleh peniaga dari India dan Pakistan.

Menurut sumber, penyerang bertindak mengepung dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota JIM yang sedang menjalankan tugas.

Suasana dilaporkan menjadi tegang dan berlaku tolak-menolak di antara penyerang dengan anggota JIM.

“Penyerang dipercayai adalah dari mereka yang berkepentingan dan menyamar sebagai orang awam. Mereka telah bersedia dengan kehadiran kami dari awal lagi,” katanya.

Bagi menggelakkan keadaan menjadi lebih buruk, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) JIM telah membawa keluar anggota penguatkuasa dari kepungan.

Sumber menyatakan tiada sebarang kecederaan berlaku. Namun begitu, operasi terpaksa dihentikan berikutan anggota penguatkuasa bimbang akan keselamatan nyawa mereka.

“Kami terpaksa menarik sahabat kami keluar dari kepungan,” jelasnya lagi.

Menurut sumber lain, tindakan ganas oleh pihak berkepentingan setempat seolah-olah menunjukkan berlakunya kebocoran maklumat operasi yang akan dijalankan. Ini berikutan pihak penyerang telah bersiap sedia menunggu kehadiran anggota JIM lama sebelum operasi dijalankan.

Video kejadian turut disiarkan oleh netizen di Facebook.

Tinggalkan komen anda