Ahli Parlimen BN dijangka menghadap Agong petang ini


shadow

KUALA LUMPUR: Semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 2 petang ini.

Semua ahli Parlimen BN kini berkumpul di Menara Dato’ Onn, di sini untuk menghadiri majlis taklimat ringkas dan makan tengah hari.

Mereka kemudiannya dijangka menaiki dua bas untuk bergerak bersama memasuki Istana Negara.

BH difahamkan, ahli Parlimen BN akan dipecahkan kepada dua kumpulan, dengan kumpulan pertama membabitkan pimpinan utama parti yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong terlebih dulu, diikuti kumpulan kedua.

Pagi tadi, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya.

Tinggalkan komen anda