GPS tidak terikat mana-mana kuasa politik, kata Abang Johari


shadow

KETUA Menteri Sarawak menolak spekulasi bahawa kerajaan gabungan, Gabungan Parti Sarawak (GPS), terlibat dalam aturan politik yang didakwa sedang berlaku di Semenanjung.

Abang Johari Openg mengulas dakwaan berhubung 16 ahli Parlimen GPS menyokong Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan membentuk gabungan baharu dikenali sebagai Pakatan Nasional manakala dua lagi ahli Parlimen GPS menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim bagi pihak Pakatan Harapan.

“Kita (GPS) adalah gabungan yang bebas.

“Apa juga masalah yang berlaku di sana (Semenanjung) adalah masalah mereka.

“Ia bukan masalah Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi GPS di Kuching hari ini.

Abang Johari berkata fokus GPS pada masa kini adalah menjaga kepentingan Sarawak.

Beliau bagaimanapun berkata ia tidak bermakna Sarawak tidak peka terhadap kesan yang akan diterima jika berlaku sebarang perubahan politik di Semenanjung.

“Kita akan memantau.”

Tinggalkan komen anda