‘Orang bodoh saja letak duit dalam akaun sendiri’, kata Najib di mahkamah


shadow

DALAM keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, Najib Razak bertegas sekali lagi beliau tidak bersalah, berkata bodoh jika beliau mengarahkan kroninya untuk menyalurkan RM42 juta dana awam ke dalam akaun bank peribadinya.

Pada perbicaraan kes SRC International itu, bekas perdana menteri itu sekali lagi menafikan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, berkata kroni bertindak bagi pihaknya untuk memasukkan berjuta ringgit ke akaun bank peribadinya antara Disember 2014 dan Februari 2015.

“Jika saya ada fikiran jenayah untuk menipu, saya tentulah orang paling bodoh di negara ini untuk melakukannya dengan cara itu,” kata Najib dalam keterangannya.

Najib, 66, memberi keterangan dari kandang saksi untuk 16 prosiding sejak 3 Disember, tahun lalu.

Pertuduhan terhadapnya berkaitan dengan pinjaman RM4 bilion yang diberikan kepada SRC International pada 2011 dan 2012.

Najib menyifatkan pertuduhan terhadapnya sebagai “tidak masuk akal”, di mana beliau berkata ia menunjukkan beliau menunggu tiga tahun untuk menerima imbuhannya.

“Tidak ada orang tunggu tiga tahun untuk terima,” katanya.

Najib terus menerus berkata beliau dimanipulasikan oleh Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, berkata ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang itu bekerjasama dengan beberapa yang lain termasuk bekas pegawai AmBank dan bekas pengurus perhubungan Joanna Yu untuk menipu SRC International.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi, beliau berkata lega menerima sumbangan RM2.6 bilion daripada keluarga diraja Arab Saudi kerana ini bermakna beliau tidak perlu berhutang kepada penyumbang korporat untuk membiayai kempen pilihan raya Barisan Nasional pada 2013.

Tinggalkan komen anda