Rasuah Air Asia: Kalau Pembayaran Dimasukkan Ke Akaun Peribadi, Maka Ia Rasuah Bukan OffSet


shadow

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta mengulas mengenai skandal rasuah yang melibatkan Air Asia.

Sebelum ini, laporan Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom (UK) mendakwa bahawa syarikat pengeluar pesawat Airbus SE memberi rasuah berjumlah AS$50 juta untuk memperoleh tempahan daripada AirAsia.

Tun Mahathir ketika mengulas perkara itu menyatakan bahawa adalah menjadi “amalan” kerajaan untuk meminta offset dalam tawaran permerolehan.

Bagaimanapun, Tun Mahathir dalam masa yang sama turut menganggap bahawa sekiranya pembayaran yang dibuat itu masuk ke poket kakitangan sendiri maka ia dikira sebagai amalan rasuah.

Media tempatan pula melaporkan seolah-olah Tun Mahathir berpihak kepada Air Asia. Namun ia tidak benar sama sekali.

Difahamkan transaksi wang dalam isu rasuah melibatkan orang-orang penting Air Asia itu dimasukkan ke poket sendiri dan ianya satu kesalahan.

Dan seperti yang Tun Mahathir katakan, sekiranya ia bukan ‘offset’ maka ia boleh dianggap sebagai rasuah.

Beliau sendiri sebagai pemimpin tertinggi negara secara tegas menyatakan bahawa tidak pernah bersetuju dengan perbuatan rasuah.

Apa yang Tun Mahathir maksudkan sebagai ‘offset’ adalah apabila pihak Airbus memberikan diskaun atau imbuhan dan ia kemudiannya dimasukkan ke dapat akaun atau aset syarikat terbabit.

Dan seperti yang dinyatakan sebelum ini, dalam kes rasuah kumpulan Air Asia, transaksi itu tidak dimasukkan ke akaun dan aset syarikat.

Tinggalkan komen anda