‘Renew’ Lesen Di Puspakom


shadow

Puspakom kini dilantik sebagai ejen pemungut hasil kerajaan dalam mengendalikan urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkata, perkhidmatan itu bakal ditawarkan secara berperingkat di 54 pusat pemeriksaan Puspakom dalam masa terdekat.

Jelas beliau lagi, perlaksanaan perkhidmatan berkenaan adalah sebahagian dari usaha kerajaan untuk menjadikan Puspakom sebagai ‘One Stop Centre’ yang membolehkan orang awam membuat urusan berkaitan kenderaan termasuk permbaharuan LKM selain pemeriksaan kenderaan.

“Perkhidmatan ini akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan LKM untuk kenderaan perdagangan ringan BDM 7,500kg dan ke bawah.

“Jadi, saya difahamkan Puspakom akan memperluaskan perkhidmatan ini dimana ia akan ditawarkan secara berperingkat di 54 pusat pemeriksaan Puspakom dalam masa terdekat.

Anthony menambah, pelaksanaan inisiatif itu dilihat mampu meningkatkan tahap berkaitan urusan perkhidmatan kerajaan terutama dalam aspek pemeriksaan kenderaan dan pembaharuan LKM.

Menerusi program hari ini, Anthony hadir bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) di Puspakom.

Turut hadir ke majlis berkenaan, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Shukor Ismail.

Tinggalkan komen anda