Ringgi ditutup tinggi berbanding dolar AS


shadow

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar AS, menjejaki prestasi yuan China yang lebih kukuh, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1320/1350 berbanding dolar AS daripada 4.1450/1480 ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran, AxiCorp, Stephen Innes berkata dagangan ringgit adalah selari dengan yuan hari ini memandangkan kaitan data ekonomi serantau dengan rangsangan People’s Bank of China (PBoC) adalah agak teguh.

“Pasaran amat teratur didorong PBoC, yang terus menyuntik rangsangan,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata peniaga kini menunggu pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat Malaysia oleh Bank Negara Malaysia esok.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9780/9806 daripada 2.9848/9874 pada Isnin dan tinggi berbanding euro kepada 4.5088/5138 daripada 4.5384/5421.

Ringgit juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7608/7639 daripada 3.7771/7805 dan stabil berbanding pound Britain kepada 5.3456/3511 daripada 5.3508/3563.

Tinggalkan komen anda