Tiga parti cadang bubar Parlimen


shadow

Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PAS berpendirian Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara ketika ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendirian itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Katanya, pendirian itu dibuat berikutan ada cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan membabitkan beberapa pemimpin parti politik.

“Berasaskan kemungkinan mahu dibentuk kerajaan perpaduan secara prinsipnya ia banyak bercanggah dengan dasar yang ditetapkan parti. Apa-apa perkiraan mestilah atas dasar parti.

“Selepas parti berbincang, kita tidak boleh menyembunyikan kepada rakyat dan mohon Parlimen dibubarkan.

“Biarlah rakyat yang menentukan,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.-BH

Tinggalkan komen anda