Wanita AS pesakit ke-22 kes Covid-19 di Malaysia


shadow

SEORANG wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 83 tahun menjadi kes ke-22 positif Covid-19 di Malaysia, kata Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata mangsa merupakan penumpang kapal persiaran yang berlabuh di Kemboja pada 13 Februari lalu.

“Semua penumpang dan krew dibenarkan kembali ke negara masing-masing oleh kerajaan Kemboja selepas melakukan pemeriksaan kesihatan.”

Sejumlah 145 penumpang kapal itu termasuk mangsa dan suaminya menaiki penerbangan ke Malaysia pada 14 Februari.

Mangsa dan suaminya dikesan mempunyai gejala virus itu sebaik mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.

Berdasarkan ujian saringan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) pada hari ini, mangsa disahkan positif Covid-19 manakala suaminya yang berusia 85 tahun diuji negatif.

“Wanita tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad isolasi di Hospital Sungai Buloh.

“Suaminya masih menerima rawatan dan pemantauan di hospital sama bagi gejala yang dialami,” kata Dr Noor Hisham.

Tinggalkan komen anda