Warta kerajaan pelantikan PM Interim


shadow

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara hari ini menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2020, berhubung pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Interim hingga pelantikan Perdana Menteri baharu.

Warta itu memaklumkan fungsi Dr Mahathir yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan Menteri lain dalam Jemaah Menteri.

Perintah itu berkuat kuasa 24 Februari lalu.

Warta itu turut memaklumkan pembatalan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2019 [P.U. (A) 132/2019]. – BERNAMA

Tinggalkan komen anda