Azwan Ali didenda RM17,000


shadow

KUALA LUMPUR – Selebriti kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas kesalahan menghina petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertugas di Hospital Putrajaya

Azwan yang mengaku bersalah, dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Hakim Azura Alwi memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Terdahulu, Azwan Ali yang berpakaian serba hitam didakwa menggunakan laman Youtube ‘DIVAAATERSOHOR’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya pada 24 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Tinggalkan komen anda