Bantuan khas stok makanan : Rakyat atau kroni?


shadow

Pada situasi menghadapi wabak COVID-19 yang serius, masih ada manusia yang hanya melepaskan tengkuk sendiri, mana perginya sifat keperimanusiaan dan belas kasihan.

Umumnya, kerajaan telah memberi bantuan khas kotak makanan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas susulan penularan wabak tapi pihak yang diamanah menyalahgunakuasa dan tidak berlaku adil dengan mengagihkan bantuan tersebut kepada ahli keluarga sendiri dan kroni mereka terlebih dahulu.

Adakah tindakan ini relevan dan patut? Perlukah disaat getir begini, mereka mengambil kesempatan? Kenapa perlu ada orang kita, orang mereka? Bila nak berubah? Bagaimanakah nasib rakyat jika pemimpin bersikap begini? Semua parti politik mempunyai sifat kepartian, berpuak dan pentingkan diri walaupun keadaan negara darurat.

Sepatutnya, bantuan khas kotak makanan perlu diberikan kepada golongan memerlukan, khususnya mereka yang tidak dapat bekerja atau menjana pendapatan sepanjang pelaksanaan perintah berkenaan, selama 14 hari bermula 18 Mac tapi dilanjutkan sehingga 14 April, ia diumumkan oleh Perdana Menteri, semalam.

Justeru, bantuan tersebut yang mengandungi barangan keperluan asas amat penting, ia sedikit sebanyak meringankan kesulitan rakyat dalam mengharungi dan bertahan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Oleh itu, jangan hanya tahu bersihkan rasuah tetapi hakikatnya, bersihkah hati dan pemikiran semua parti politik? Adakah semua kepartian sama; pentingkan politik, gila kuasa dan bersikap tamak tanpa mempedulikan rakyat.

Sehubungan itu, jangan mengira parti dan kroni, “Sedar diri, Dahulukan rakyat”.

Tinggalkan komen anda