Kenapa Nak Mufliskan MAS Pula?


shadow

Dalam tempoh 62 tahun, Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjadi sebuah syarikat penerbangan berkelas dunia dan sekaligus membawa imej negara yang baik menerusi pekhidmatannya.

Tidak dapat dinafikan, naik turun sesebuah syarikat bagaimanapun ia bukan alasan sesetengah pihak untuk menuntut supaya MAS menghentikan operasi.

Justeru, jangan hanya tahu memberi komen dan pendapat tanpa bertindak. Semua pihak perlu bekerjasama bagi membantu MAS agar terus beroperasi dan bukannya menuding jari antara satu sama lain.

Terdapat satu artikel yang berpendapat agar MAS lebih sesuai dibiarkan Muflis agar ada syarikat korporat lain boleh ambil alih. Namun wajarkah pendapat itu digunapakai??

Takkan biarkan MAB diisytihar muflis? Bukankah ia akan menyebabkan ribuan kakitangan menganggur dalam pada masa yang sama, rakyat akan kehilangan `duta’ yang memperkenalkan nama Malaysia ke serata dunia.

MAS mempunyai nilai sentimental buat negara, dan tidak seharusnya ia dilepaskan dengan begitu mudah.

Walaupun MAB mengalami kerugian namun perkhidmatan penerbangan setanding antarabangsa dan mampu bersaing maka suntikan dana dari kerajaan penting bagi menyelamatkannya dari terkubur.

Malah, Malaysia Airlines sehingga kini mengekalkan identiti sendiri dengan menampilkan pakaian batik sebagai pakaian pekerja-pekerja disamping mempromosikan pakaian batik kepada dunia.

Terdahulu, MAB merupakan syarikat penerbangan nasional Malaysia yang memiliki enam pesawat Airbus A380-800, 15 pesawat Airbus A330-300, dan 54 pesawat Boeing 737-800.

Syarikat ini juga merupakan salah satu daripada lapan syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Skytrax.

Selain itu, Malaysia Airlines turut diberi kredit oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya.

Tinggalkan komen anda