Nyah cemar mulai Isnin, pejabat JKM daerah pusat bantuan -Ismail Sabri


shadow

PUTRAJAYA – Proses nyah cemar akan dilaksanakan di seluruh negara bermula isnin ini bagi menangani penularan wabak COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan diberi tanggungjawab melaksanakan pembersihan atau nyah cemar di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menumpukan di lokasi-lokasi risiko tinggi dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Setakat ini, 11 buah pasar telah melakukan proses nyah cemar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mula dilaksanakan 23 Mac sehingga semalam dan masih diteruskan hari ini di kawasan Sri Petaling.

Selain itu, pihak kerajaan juga menasihatkan badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin memberi sumbangan agar menghantar terus ke Pusat Bantuan di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah dan hanya anggota RELA, tentera dan polis dibenarkan mengedar bantuan tersebut dari rumah ke rumah.

Menurut beliau, banyak NGO yang tampil ke depan dengan menghantar makanan ke setiap rumah dan pihak kerajaan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka. 

“Tapi untuk mengurangkan pergerakan sewaktu PKP, kita tidak boleh membenarkan mereka (NGO) keluar sewenang-wenangnya, ujarnya.

Tinggalkan komen anda