Saya dikhianati Muhyiddin – Tun M


shadow

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau berasakan dirinya dikhianati oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memilih untuk bekerjasama dengan UMNO.

Dr Mahathir berkata, Muhyiddin memujuknya supaya keluar daripada pakatan yang ada DAP kerana parti itu menyebabkan Pakatan Harapan (PH) tewas di tiga pilihan raya kecil (PRK).

“Muhyiddin turut memujuk saya supaya BERSATU keluar daripada PH, ” katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary, di sini.

Dalam sidang media itu juga Dr Mahathir mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri serta bertegas bahawa beliau beliau mempunyai 114 sokongan.

Beliau mendakwa, Muhyiddin sudah lama bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan kini berjaya mencapainya.

Tinggalkan komen anda