Ustaz Ebit Lew Belanja KFC Untuk Petugas Hospital


shadow

Bertungkus lumus merawat pesakit positif COVID-19 di hospital, tentunya ianya bukan tugas yang mudah buat petugas perubatan. Malah, adakalanya mereka tidak sempat makan dan tidak sempat ke tandas kerana perlu berada dalam keadaan bersiap sedia.

Melihat pengorbanan petugas perubatan yang merawat pesakit di hospital, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tampil memberikan sumbangan KFC kepada mereka.

Menerusi Instagram, Ebit Lew memuat naik video pendek ketika dia membeli makanan dan kemudiannya diedarkan kepada petugas di Hospital Sungai Buloh.

Beliau turut meluahkan rasa sayu melihat petugas perubatan dihospital tersebut yang tetap menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya meskipun terdedah dengan pelbagai risiko yang mampu mengancam nyawa mereka.

Dalam pada itu, Ebit Lew turut mendoakan agar disembuhkan mereka yang dikuarantin di hospital tersebut serta meminta agar Allah hilangkan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan Malaysia akan kembali kepada keadaan sedia kala.

Tinggalkan komen anda