24 zon merah diwartakan, Selangor masih catat kes tertinggi Covid-19


shadow

SELANGOR masih kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes Covid-19 tertinggi di negara ini dengan 1,118 kes direkodkan, trmasuk 40 kes semalam, menurut Kementerian Kesihatan.

Ini diikuti dengan Kuala Lumpur yang mencatatkan 699 kes, Johor (503), Sarawak (312), Sabah (248) dan Negeri Sembilan (281).

Di Selangor, Hulu Langat merekodkan 366 kes, diikuti Petaling (314), Klang (152), Gombak (121), Sepang (59) dan Hulu Selangor (43). Kesemua kawasan ini diwartakan sebagai zon merah di negeri itu.

Jumlah kes di negeri itu adalah kira-kira suku daripada 4,228 jumlah kes Covid-19 di seluruh negara.

Di Kuala Lumpur, Lembah Pantai merekodkan 424 kes, diikuti Kepong (110), Titiwangsa (101) dan Cheras 64. Kesemua empat kawasan ini adalah zon merah.

Kuantan, Pahang yang diwartakan sebagai zon merah semalam, merekodkan 50 kes.

Bagaimanapun, tiada kes baharu di Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Labuan.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kerajaan sedang mengkaji semula cara data dikemukakan dan mengatakan zon merah hanya mengandungi data dari tempoh dua minggu yang terkini dan ia tidak termasuk pesakit yang pulih.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat pengumuman petang ini sama ada Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan atau sebaliknya.

Awal minggu lalu, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Keselamatan Negara sedang mengkaji kemungkinan untuk memperkenalkan kawalan tambahan di zon merah.

Tinggalkan komen anda