Bank Dunia Beri Amaran, 11 Juta Penduduk Asia Timur Akan Miskin


shadow

Disaat dunia sedang melawan wabak COVID-19, Bank Dunia tampil memberikan amaran terbaru bahawa lebih 11 juta penduduk Asia Timur akan mengalami kemiskinan yang berpunca dari ekonomi China yang tidak berkembang.

Tidak dapat dinafikan bahawa pandemik ini telah memberikan kejutan global yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Mungkin inilah pertama kali ia berlaku selepas perang dunia kedua.

Memetik dari laporan Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Asia Timur dan Pasifik, Aaditya Mattoo telah melihat bahawa Asia Timur akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang jatuh mendadak dan China turut berkembang perlahan 2.3 peratus berbanding 6.1 peratus pada tahun 2019.

 Pandemik memberi kesan kepada ekonomi rantau ini, namun kedalaman dan tempoh masa kejutannya amat tidak pasti seperti kebiasaan. Pembendungan pandemik akan membolehkan pemulihan, namun risiko tekanan kewangan berpanjangan adalah tinggi, malah melangkaui 2020. Negara paling terdedah adalah yang amat bergantung kepada perdagangan, pelancongan, komoditi, berhutang tinggi dan bergantung kepada aliran kewangan. – Jelas Bank Dunia.

Namun, sekarang situasi agak berbeza apabila wabak ini bukan hanya memberi kesan kepada rantau ini, tapi turut mula memberi kesan kepada seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat. Jadi, fokus kita sekarang hanyalah untuk memastikan wabak ini terhenti.

Sumber: Berita Harian

Tinggalkan komen anda