Boris Johnson pindah wad biasa, semakin pulih


shadow

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dipindah keluar ke wad biasa pada Khamis selepas beliau semakin pulih daripada jangkitan COVID-19.

Pejabat perdana menteri, walau bagaimanapun berkata, Johnson akan terus dipantau pihak hospital, lapor Reuters.

Johnson, 55, dimasukkan ke Hospital St Thomas pada Ahad malam setelah menunjukkan simptom demam dan batuk.

Beliau kemudian dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada Isnin di mana beliau mendapatkan rawatan selama tiga malam.

“Perdana Menteri telah dipindahkan malam ini dari unit rawatan rapi ke wad, di mana beliau akan terus dipantau sepanjang fasa awal pemulihannya.

“Beliau tetap bersemangat,” tulis kenyataan itu.Johnson merupakan pemimpin negara pertama dimasukkan ke hospital akibat jangkitan koronavirus.

Sepanjang ketiadaannya, Menteri Luar Dominic Raab mengambil alih tugas.

“Ini berita yang kita semua mahu dengar,” tulis Raab di akaun Twitter.

The news we all wanted to hear

Thank you to all the NHS staff helping the country and the PM to beat #coronavirus. Together we can all do our bit by staying home and protecting the NHS #StayHomeSaveLives https://t.co/GJp49HELhr

— Dominic Raab (@DominicRaab) April 9, 2020

Kerajaan Britain bagaimanapun tidak menyatakan bila Johnson akan kembali memimpin negara.

SUMBER – AGENSI

Tinggalkan komen anda