Celcom beri kad SIM percuma kepada rakyat Malaysia dari luar negara yang dikenakan tempoh kuarantin


shadow

KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd (Celcom) menyediakan kad SIM percuma kepada rakyat Malaysia yang perlu menjalani tempoh kuarantin mandatori selama 14 hari di pusat kuarantin masing-masing selepas pulang dari luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Idham Nawawi berkata mereka boleh memohon kad SIM percuma daripada pihak berkuasa dan mendaftar sendiri di aplikasi Celcom Life.

“Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan semua dapat berhubung dalam waktu mencabar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pek prabayar tersebut disertakan dengan 1GB data dan akses 10GB bagi Facebook,Instagramdan Games WallakataIdham. 

Beliau berkata pengguna juga boleh menikmati inisiatif bantuan lain daripada Celcom sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, termasuk 1GB internet harian percuma, WhatsApppercuma, dan akses tanpa had kepada laman sesawang dan perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Kepentingan dan kesejahteraan negara amat utama di hati kami. Oleh itu, kami cuba menghulur sebanyak mungkin bantuan untuk mengurangkan kesan ekonomi dan sosial dalam kalangan pelanggan kami, vendor, rakan niaga dan golongan lain dalam ekosistem kami.

“Pelanggan boleh mendaftar untuk perkhidmatan Aspirasi C-Protect, sebuah pelan insurans mampu milik dengan caj RM1, merangkumi perlindungan sehingga RM20,000 dan bantuan kewangan harian bagi kes COVID-19 melalui aplikasi Celcom Life,” katanya. 

Beliau berkata, Axiata turut menyediakan sokongan melalui kepakarannya, produk dan perkhidmatan digital yang inovatif serta rangkaian perniagaan.

Idham berkata, Celcom dan Axiata Group Bhd mewujudkan inisiatif pinjaman mikro bernilai RM150 juta, Program Bantuan Axiata COVID-19 untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana mikro yang menghadapi kesukaran dari segi aliran tunai.

Beliau berkata, Celcom juga telah mengatur apa yang sepatutnya untuk mengukuhkan keupayaan rangkaiannya bagi memastikan pelanggan boleh terus terhubung dengan orang yang tersayang serta menjalankan pekerjaan dalam jarak jauh ketika berada di rumah.

SUMBER – BERNAMA

Tinggalkan komen anda