COVID-19 : 55 kes pulih, 94 kes baharu dan tiada kematian


shadow

PUTRAJAYA – Sebanyak 94 kes baharu berkenaan, 72 kes daripadanya adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Manakala 55 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad ialah 4,087 kes.

“Dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 ,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 100 kes

Tinggalkan komen anda