COVID-19: KDNK AS jatuh 4.8 peratus, tamatkan perkembangan selama berdekad


shadow

Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang selama berdekad berkembang berakhir secara mendadak pada suku pertama tatkala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu menyusut 4,8 peratus ketika COVID-19 melanda, menurut data pemerintah yang dikeluarkan hari ini.

Ini adalah penurunan terbesar dalam KDNK dalam 12 tahun, apabila pandemik memaksa perniagaan ditutup, menghentikan pembelian dan pelaburan, lapor Jabatan Perdagangan.

Namun, laporan pada suku Januari-Mac itu menyatakan ia tidak dapat mengukur kesan ekonomi sepenuhnya dari virus itu. – AFP

Tinggalkan komen anda