COVID-19 : Remaja puji, kagum tahap kecekapan ‘Frontliner”


shadow

Baru-baru ini, tular mengenai kebiadapan kluster ‘Oversea’ dan kumpulan ‘turun dari kayangan’ terhadap petugas barisan hadapan (frontliner), namun masih ramai rakyat Malaysia yang memuji serta menzahirkan penghargaan.

Seorang pelajar tahun pertama jurusan Ekonomi di United Kingdom (UK), Shacind Ananthan berkongsi pengalaman ketika perjalanan dari UK ke Impiana KLCC Hotel melalui laman sosial Facebooknya, dia berterima kasih dan memberi penghormatan kepada frontliner tidak kira lelaki atau perempuan membantu dengan penuh hormat dan berhati-hati.

“Semuanya bermula dalam penerbangan dari Doha ke KL, di mana saya telah transit dari Manchester. Dengan hanya 50 orang di dalam pesawat, kami semua dipisah dan duduk berasingan.

“Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 April, mereka disambut mesra oleh dua anggota berunifom yang sentiasa mengingatkan tentang jarakan sosial satu meter dan membawa mereka ke ‘sky train‘,” kata pemuda berasal dari Johor Bahru.

Tambahnya, suasana berulang didapati di setiap pusat pemeriksaan, terdapat sekurang-kurangnya seorang atau dua pekerja yang melaksanakan tugas mereka dengan dedikasi dan segalanya berjalan dengan lancar, seolah-olah prosedur ini dibuat secara teliti bahkan seperti telah berjalan bertahun-tahun.

“Sebaik sahaja tiba kaunter imigresen, kami perlu melalui sistem thermometri infra-merah.

“Keceriaan berterusan di wajah pegawai berkenaan apabila memanggil saya sebagai ‘adik’ membuatkan saya rasa selamat, dia kemudiannya memberi borang penilaian diri di mana dia perlu memantau dan melaporkan simptom saya setiap hari.,” ujarnya.

Jelasnya, timbul persoalan yang bermain dalam fikiran selepas selesai semua proses iaitu lokasi dia dan penumpang lain akan dikuarantin selama 14 hari .

Disebalik itu, tetap ada segelintir rakyat Malaysia yang mengharapkan agar ditempatkan di hotel lima bintang di Kuala Lumpur walaupun dalam situasi sekarang.

“Anggota polis dengan sopan menjawab bahawa dia tidak pasti di mana kami akan ditempatkan untuk dikuarantin, tetapi memberi jaminan kami akan tetap mendapat tempat yang baik.

“Saya masih tidak percaya dan tertanya-tanya berapa banyak tenaga kerja dan logistik yang diperlukan untuk menjadikan proses ini berjalan lancar dan untuk mencapai tahap kecekapan sebegini.

“Sebelum kami turun dari bas, seorang lelaki beruniform, anggota PASKAU (Pasukan Khas TUDM) memberi taklimat kepada kami mengenai langkah seterusnya.

“Sebaik tiba di hotel, sekumpulan anggota dalam pakaian lengkap Hazmat berdiri di meja panjang untuk tujuan saringan dan pendaftaran,” katanya

Menurutnya, setiap bilik tempat mereka dikuarantin, disediakan dua kotak air botol, beg plastik untuk pakaian kotor dan beg besar dipenuhi kopi dan makanan ringan, serta turut disediakan makanan berkhasiat tiga kali sehari, semuanya percuma.

Shacind berkata, dia sangat kagum dengan kecekapan setiap pegawai dalam menguruskan mereka.

Malah, pasukan kuarantin itu turut memasukkan mereka dalam kumpulan WhatsApp, dan mereka tidak putus-putus dibanjiri pesanan berbaur harapan, optimistik dan penghargaan untuk petugas barisan hadapan yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka.

Imej mungkin mengandungi: dalaman

“Kenapakah saya menulis perkara ini? Ini adalah pengalaman yang dirasai sendiri meninggalkan negara asing dalam tempoh yang singkat dengan masa depan yang tidak menentu. Ini juga untuk menjelaskan cerita palsu dalam talian yang mahu memburuk-burukkan negara kita yang tercinta ini.

“Tidak keterlaluan apabila saya katakan Malaysia antara negara yang paling proaktif dalam menangani ancaman COVID-19.

Oleh itu, beliau menggesa orang ramai yang hanya pandai bercakap, pembantah berterusan . Jika anda tidak dapat mengiktiraf kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan, sekurang-kurangnya janganlah jadi penghalang.

“Terima kasih sekali lagi, Malaysia kerana menjaga keselamatan saya. Saya akan sentiasa bangga menjadi warganegara negara ini yang telah banyak berbakti kepada saya.

“Tanah tumpahnya darahku!” kata Shacind mengakhiri catatannya.

Hantaran Facebook Shacind meraih lebih 12,000 tanda suka, 8,600 perkongsian dan ribuan komen yang rata-rata memuji tindakannya.

Tinggalkan komen anda