Hanya 5% pesakit COVID-19 di ICU


shadow

KUALA LUMPUR: Kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke wad unit rawatan rapi (ICU) di negara ini hanya lima peratus berbanding 10 peratus dicatatkan di negara lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini kerana sejak awal lagi pesakit COVID-19 sudah dirawat dengan ubat anti-malaria, Hydroxychloroquine dan kombinasi Lopinavir dan Ritonavir serta Chloroquine.

Katanya, ubat itu terbukti berkesan untuk merawat radang paru-paru dan memulihkan pesakit yang disahkan positif tanpa gejala dan mereka yang positif tanpa gejala.

“Ubat berkenaan mengurangkan keradangan dan masalah pernafasan pesakit.

“Malah, kini kita hanya ada 88 kes saja di peringkat satu dan dua, iaitu positif tanpa gejala dan posotif dengan gejala,” katanya pada sidang media harian di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, hanya tujuh peratus pesakit saja yang kini dirawat di peringkat ketiga rawatan, iaitu pesakit yang mengalami keradangan tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen.

Katanya, kadar yang pulih dan sembuh pula pada tahap 30 peratus dan kematian hanya 1.6 peratus.

Tinggalkan komen anda