“Jangan hanya kerana berstatus anak Presiden UMNO, terus rasa boleh kebal daripada undang-undang.”


shadow

Senang jadi orang kenamaan terutamanya ahli politik, dilayan bak raja walaupun melakukan kesalahan, jadi kelebihan itu turut dapat kepada anak-anak mereka, bebas dan kebal daripada undang-undang.

Kenapakah perkara sebegini sering berlaku, lebih-lebih lagi jika bapa atau ahli keluarga memegang kuasa kerajaan, anak-anak mereka pasti mudah terlepas dari tindakan undang-undang.

Selain kes Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baru-baru ini pula, anak kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah memuat naik beberapa gambar di Instagram memaparkan dia dan suaminya bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing ketika PKP telah dikuatkuasa di seluruh negara.

Oleh itu, perkara itu mendapat kecaman netizen yang mendakwa Nurulhidayah dan suaminya melanggar PKP, ia seolah-olah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai anak tokoh politik untuk membolehkannya berbuat demikian walaupun foto berkenaan menunjukkan ada penjarakkan sosial namun netizen tetap mengkritik tindakan itu dan mendakwa beliau ingkar terhadap PKP.

Tidak mengira kedudukan dan jawatan mereka ini, Kerajaan Perikatan Nasional perlu memastikan keadilan diberikan sama rata, salah tetap salah, hukuman tetap hukuman.

Jangan sewenang-wenang menggunakan ‘title’ untuk menyelesaikan masalah. Sekiranya ingin membincang permasalahan dan menyampaikan kegusaran boleh dilakukan dengan cara lain seperti panggilan video.

Tak logiklah berjumpa ketika PKP, sudah tahu tapi tetap buat. Kini, teknologi makin canggih, laman sosial pun berlambak-lambak atau cuma nak menunjuk-nunjuk bahawa dia adalah anak pemimpin, boleh buat sesuka hati.

Jangan tunjukkan ‘ketidakbijaksanaan’ sendiri, ramai yang memerhati. Jangan berlagak dengan mencabar orang akhirnya akan membawa padah.

Tinggalkan komen anda