Lelaki maut terjatuh dari tingkat 12


shadow

KAJANG – Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah apartmen di Taman Eco Hill, Semenyih hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa berusia 21 tahun sedang merokok di balkoni seluas dua kaki sebelum ditemui terjatuh pada 6 petang semalam.

“Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

““Siasatan mendapati mangsa tinggal di apartmen itu bersama empat rakannya dan mangsa sering duduk di balkoni tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Tinggalkan komen anda